Isnin, 2009 Julai 13

TERKINI DARI MANEK URAI - 14/7/2009 - HARI MEMNGUNDI

12.59 tengahari - Pusat Pengundian Laloh - Dilaporkan, Seorang tua yang tidak mengundi pada tahun 2008 telah dibawa keluar oleh wanita UMNO Pulau Pinang tanpa pengetahuan penjaganya.

Wanita UMNO Pulau Pinang tersebut membawa orang tua tersebut bersama kad pengenalannya ke pusat pengundian Sk Laloh.

Walaubagaimanapun orang tua tersebut telah ditinggalkan bersendirian di dalam pusat pengundian dan kad pengenalannya tidak bersamanya.

Kini Mafrel sedang menguruskan isu tersebut, dan melaporkan kad pengenalan tersebut hilang. Orang tua itu sekarang ini berada di dalam pondok pos SPR.

Calon PAS juga kini kelihatan berada di pusat pengundian tersebut



12.34 tengahari - Peratus keluar mengundi sehingga pukul 12 tengah hari sudah mencecah 68.4 peratus atau 8,415 pemilih menunaikan tanggungjawab - empat jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.



12.30 tengahari - Keadaan di Peria kembali terkawal oleh pasukan polis




12.19 tengahari - Pusat pengundian Peria - keadaan tidak terkawal ekoran penyokong kedua-dua pihak menyerbu ke dalam tempat pusat pengundian.



Ini bermula ketika pegawai SPR datang memasuki pusat pengundian, ia telah diikuti pula oleh kereta berlambang Dacing. Penyokong PAS tidak berpuas hati dan mnyerbu pusat pengundian tersebut. Akhirnya penyokong BN turut menyerbu sama.



Penyokong kedua-dua pihak juga saling berbaling botol dan batu antara satu sama lain. Polis dilihat tidak dapat mengawal keadaan yang semakin teruk itu.



11.59 pagi - Peratus keluar mengundi sehingga pukul 11 pagi ini sudah mencecah 57.6 peratus atau 7,085 pemilih menunaikan tanggungjawab - tiga jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.



11.46 pagi - Pertambahan crowd penyokong PAS di Sungai Sok bertambah 500 orang, BN hanya 300 orang sahaja.




11.46 pagi - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat sedang meninggalkan Sekolah Kebangsaaan Manek Urai Lama, menuju ke tempat mengundi lain.




11.43 pagi - Keadaan di Sungai Peria diberitakan tegang, keadaan sekarang kelihatan kedua-dua penyokong parti bertanding berbalinagn botol. Polis sedang cuba mengawal keadaan.



11.38 pagi - Di Manek Urai baru, pengundi semakin berkurangan, kerana ramai pengundi yang telah keluar pagi tadi. Peratusan keluar mengundi 52%.


Keadaan semakin lengang, provokasi antar dua parti juga sudah tiada.



11.35 pagi - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat sekarang berada di Sekolah Kebangsaaan Manek Urai Lama.



11.30 pagi - Bilangan crowd PAS di Sungai Peria meningkat 350 orang berbanding UMNO lebih kurang 250 orang sahaja, keadaan saling memprovokasi tetapi masih dalam keadaan terkawal.



11.22 pagi - Penyokong PAS mengepung sebuah kereta yang dinaik mereka disyaki menyamar sebagai pegawai SPR yang mengguna pelekat dan masuk ke pusat pengundian di Manjor.

Mereka meminta identiti mereka. Polis kemudiannya campurtangan dan mengesahkan mereka bukan pegawai SPR dan mengarahkan mereka beredar dari situ.


Penyokong PAS itu turut mengoyak pelekat tersebut sambil melaungkan 'penyamar'.



11.22 pagi - 200 orang penyokong PAS mula merapati pagar di sebelah pejabat kisdar, tempat pembayaran pengundi.



Jalan dari Kuala Krai - Manek Urai ketika ini sesak tidak bergerak.





11.20 pagi - Calon PAS, Abe Uji bersama pengiringnya masuk ke tempat pengundian di Sekolah Kebangsaan Lata Rek, bertemu dengan penyokong-penyokong PAS.



11.15 pagi - Lata Rek ketika ini, petugas semakin bertambah 4 kali ganda berbanding BN, mereka bertakbir, bertahmid dan bersama membaca doa Qunut Nazilah.

Sementara itu, petugas BN masih dalam keadaan pasif, tidak bergerak meraih undi mereka.




11.05 pagi - Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kelihatan sampai di UPU Manek Urai Baru.




10.58 pagi - Menurut Ketua Muslimat Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, di Lata Rek bilangan keluar mengundi ikut saluran 127 daripadanya penyokong PAS, manakala 20 lagi penyokong BN.




Setakat ini 50% bagi ketiga-tiga saluran telah keluar mengundi.






10.57 pagi - Di Temalir - lebih 40.59% pengundi telah keluar mengundi.




10.50 pagi - Di SK Manek Urai Lama, kira-kira 250 penyokong PAS balas-membalas sorakan dengan lebih kurang 200 penyokong BN.

Penyokong PAS menjerit "rasuah" dan "Altantuya" (Shaariibuu) kepada lawannya, dan kedengaran ungkapan lucah dari arah kumpulan BN yang berada di seberang sebatang jalan kampung.



10.45 pagi - Di UPU Manjor - 400 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mengundi, masih berbaki 646 pengudi lagi yang masih tidak keluar mengundi.




10.35 pagi - Peratus keluar mengundi sehingga pukul 10 pagi ini sudah mencecah 38.3 peratus atau 4,706 pemilih menunaikan tanggungjawab - dua jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.



10.30 pagi - Daripada UPU Temalir, keadaan penyokong kedua-dua parti saling berhujah sesama mereka tetapi keadaan terkawal. Walaubagaimanapun penyokong PAS dilihat lebih bersemangat berbanding BN. Nisbah penyokong PAS : UMNO = 60 : 40.





10. 27 pagi - Dari kubu kuat UMNO, UPU Manjor, polis kelihatan ramai berada di pintu utama masuk ke kawasan mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Karangan, saluran 1 dan 2 semakin ramai yang telah mengundi, saluran 3 masih lagi kurang dan lengang.



Kawasan Kota Raja yang diketuai Dr. Siti Mariah Mahmod membantu keadaan di sana.



Manakala, petugas Pas UPU manjor dalam masa yang sama sedang menyediakan jamuan makan tengahari untuk para petugas PAS, 2 ekor kerbau dimaklumkan tumbang.



10. 25 pagi - Di UPU Laloh suasana agak tegang apabila penyokong BN dan PAS menyerbu sebuah rumah pengundi berebut untuk membawa pengundi ke tempat pengundian. Pengundi tersebut dimaklumkan pengundi luar.



9.50 pagi - Calon Pas, Abe Uji sedang berada di Sekolah Kebangsaan Chuchoh Puteri, calon terpaksa menaiki matorsikal berikutan jalan masuk ke tempat pengundi yang sesak.



Keadaan disana dilaporkan tegang, muslimat dan puteri UMNO saling berperang mulut.



9.45 pagi - Di Pusat mengundi Manek Urai Lama, anggota keselamatan polis menggunakan sebuah trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) meleraikan ketegangan yang berlaku disana.

Laporan memberitahu, ketegangan berpunca dari Umno Ketereh yang cuba membuat provokasi antara mereka dan PAS Ketereh. Umno Ketereh didakwa cuba melepasi had kawasan merayu undi parti masing-masing.



9.35 pagi - Di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru ketika ini, hanya saluran 1 dan 2 yang memenuhi dewan tempat mengundi, di saluran 4 masih ketara sedikit bilangannya waktu ini.



9.15 pagi - Laporan dari peti undi Sungai Sok, calon PAS, Abe Uji dengan diiringi isterinya, Kak Nah sedang bertemu dengan pengundi-pengundi di Dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Sok.



Keadaan tegang disana berikutan pertembungan petugas perayu undi Muslimat PAS dan Wanita Umno, provokasi yang diberitakan dimulakan pihak Wanita Umno itu walaubagaimanapun dapat dikawal petugas keselamatan PAS.



9.10 pagi - Helikopter peronda polis mulai sesak diudara, memantau keseluruhan tempat seolah-olah Manek Urai di duduki pengganas.





9.08 pagi - Laporan dari 9 tempat mengundi, saluran 3 masih lagi lengang. Hanya saluran 1 yang di penuhi pengundi.



Kemungkinan pengisytiharaan cuti umum hari ini menyebabkan golongan muda dari saluran 3 mengambil sikap untuk mengundi tengahari nanti.



9.04 pagi - Laporan dari Sekolah Kebangsaan Manek Urai, takbir dan selawat bergema mengiringi pengundi-pengundi PAS.



9.00 pagi - Sementara itu, laporan dari Sekolah Kebangsaan kampung Karangan UPU Manjor, jalan ketika ini sesak berikutan laluan sempit menuju tempat mengundi.



Petugas jentera PAS lebih menguasai keadaan dalam merayu undi, hanya sebilangan kecil kumpulan puteri Umno kelihatan di kawasan tersebut.



Turut kelihatan pimpinan Muslimat, Dr. Siti Mariah Mahmud memerhati keadaan di sana.


8.30 pagi - Setelah 20 minit melihat keadaan di Sungai Peria calon Pas, Abe uji menuju ke Sekolah Kebangsaan Sungai Sok pula.



8.29 pagi - Kebanyakkan yang turun mengundi awal pagi ini adalah dari saluran satu.



8.20 pagi - Abe Uji telah masuk ke dalam tempat membuang undi Sekolah Kebangsaan Sungai Peria memerhati perjalanan proses pembuangan undi yang sedang berlangsung.



Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat telah beredar menuju ke tempat pengundian lain.


8.00 pagi - Kesemua 9 tempat mengundi rasmi telah dibuka.



Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat sekarang berada di Sekolah Kebangsaaan Peria menyakskan pengundi-pengundi membuang undi.



7. 40 pagi - Suasana di empat-tempat pengundian meriah terutamanya di tempat calon PAS berada. Orang ramai sudah mula beratur untuk menyemak saluran mengundi masing-masing.




7. 30 pagi - Orang ramai mulai bertumpu di pusat-pusat pengundian.



7.00 pagi MANEK URAI, 14 Julai - Jalan utama Gua Musang - Kuala Krai kelihatan mula dipenuhi kenderaan, trafik bergerak lancar dari kedua-dua arah.



Laluan menuju ke tempat-tempat pengundi masih boleh dikawal. Di kiri kanan bahu jalan perayu-perayu undi mulai kelihatan.



Petugas jentera PAS mula mengambil posisi kerja masing-masing, mereka kelihatan lebih bersemangat.

Selasa, 2009 Julai 07

DIKIR PRK MANEK URAI

HARI PENAMAAN CALON PRK MANEK URAI



Isnin, 2009 Julai 06

JOM PAKAT UNDI ABE UJI

PILIHANRAYA KECIL N-41 MANEK URAI

Makluman Terkini Dari Manek Urai

CERAMAH UMUM PRK N41 MANEK URAI

PENCERAMAH :

YB. Dato' Mahfuz Bin Hj. Omar (Naib Presiden PAS)
YB. Ustaz Nasaruddin Daud (Speaker DUN Kelantan)
Ustaz Hamid Derani (Bekas Penceramah UMNO/BN)

Tarikh : 6 Julai 2009 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Padang Manek Urai Lama, Manek Urai.

Semua dijemput hadir.


PROGRAM CAKNO KELUARGA UPU MANEK URAI LAMA

Tarikh : 7 Julai 2009
Hari : Selasa
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Padang Manek Urai Lama

Acara :
1. Sukaneka Dewasa
2. Sukaneka Warga Emas
3. Sukaneka Kanak-Kanak
4. Cabutan Bertuah
5. Penyampaian cenderahati kepada warga emas
6. Persembahan Silat Tomoi
7. Pertandingan Gubahan
8. Pertandingan Memasak Bubur
9. Pertandingan Motor Bersih dan Cantik
6. Dan pelbagai acara menarik disediakan

Dijemput semua penduduk Manek Urai Lama dan penduduk sekitar hadir memeriahkannya.

PROGRAM DSAI DI MANEK URAI

SELASA 7 JULAI 2009

CERAMAH PERDANA :

TEMPAT : KAMPONG CHUCHUH PUTERI

MASA : 9.00 – 12.00 MALAM

PENCERAMAH : 1. YAB TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT

2. YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

3. YB DATO’ HUSAM MUSA

4. YB DATO’ SERI NIZAR JAMALUDDIN

PILIHANRAYA KECIL N41-MANEK URAI


Ahad, 2009 Jun 28

CALON PAS PRK MANI URAI - FAUZI ABDULLAH

PENGUMUMAN CALON PRK MANIK URAI

Rabu, 2009 Jun 24

PILIHANRAYA KECIL MANIK URAI

Khamis, 2009 Jun 11

PRK MANIK URAI




Ahad, 2009 April 12

KOLEKSI FOTO PAS KAWASAN PASIR PUTEH DI BUKIT GANTANG





Rabu, 2009 April 01

HARI PENAMAAN CALON PRK BUKIT GANTANG-PEJUANG ISLAM YANG DI ASUH SEMASA KECIL

LAGI DI HARI PENAMAAN CALON PRK BUKIT GANTANG

SEKITAR HARI PENAMAAN CALON PRK BUKIT GANTANG

WEB TV PRK BUKIT GANTANG - LIVE DARI BUKIT GANTANG

WEBTV P059





















































CALON PRK BUKIT GANTANG

PROFIL CALON PRK BUKIT GANTANG

Rabu, 2009 Februari 11

PILIHANRAYA KECIL BUKIT GANTANG PERAK




Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia

BATU GAJAH ,9 Feb (Hrkh) - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Haji Roslan Shaharum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah. Iklan



Beliau yang tinggal di Changkat Larang, Batu Gajah menghadapi masalah kesihatan sekembalinya daripada luar negara, demikian menurut Pegawai Khas beliau, Shaharudin Ahmad Sani kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Shaharudin mengendalikan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang di Markas PAS Air Kuning, Taiping.

Parlimen Bukit Gantang mempunyai tiga DUN iaitu Changkat Jering, Trong dan Sepetang.

"Dalam lawatan beliau ke Taiwan sebelum ini, beliau pernah dimasukkan ke hospital Taiwan atas masalah gula yang tinggi.

"Apa-apa maklumat terkini saya akan sampaikan," kata Shaharudin ketika dihubungi semasa dalam perjalanannya ke Batu Gajah.

Difahamkan wakil rakyat berusia 50 tahun itu dikatakan telah menghantar keretanya ke sebuah pusat cucian kereta berhampiran rumahnya di Changkat Lalang dekat Batu Gajah.

Kemudian, selepas mengadu sakit dada beliau meminjam basikal milik pekerja pusat tersebut untuk ke farmasi bagi mendapatkan ubat.

Roslan, 50, ditemui terjatuh di bahu jalan oleh ramai kira-kira pukul 11.15 pagi, kata Ketua Polis Batu Gajah, ACP Najib Mohamad.

Dalam pada itu, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin memberitahu kira-kira pukul 1.20 tengah hari bahawa jenazah berada di Hospital Batu Gajah.

Roslan pernah berkhidmat sebagai Pengarah Sumber Tenaga Manusia dan Pentadbiran di Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan pernah juga berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia, Universiti Terbuka Malaysia dan Universiti Teknologi Mara di Perak.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Safiah Harun dan mempunyai 11 orang anak.

Malam tadi difahamkan semasa perhimpunan rakyat di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, Allahyarham kelihatan seperti biasa, bergurau berjenaka bersama rakan-rakan yang lain. Beliau yang juga pengamal pengubatan Syifaq amat disenangi oleh kawan dan lawan kata seorang kenalan.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dibawa ke rumahnya di Kampung Changkat Larang, Pengkalan Pegoh.

Pada pilihan raya unmum ke-12 8 Mac lalu, Roslan memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,566 undi.Allahyarham memperoleh 20,015 undi manakala calon BN, Abdul Azim Mohd Zabidi (Umno) menerima 18,449 dan calon Bebas, M. Morgan mendapat 872 undi. - azm

KELANTAN KITA


TAHNIAH PAS

Tahniah PAS!

Di masa susah kaulah kawan

Di mana susah kaulah di depan

Untuk yang lemah kaulah sandaran yang gagah

Untuk yang duka kaulah penawar dan penenang

Dalam ribut dan taufan kaulah tunjang

Dalam gelora dan gelap kaulah menara dan cahaya

Tiada dagang bersamamu

Tiada cemas di belakangmu

Dirimu ada kekuatan

Dirimu adalah kekuatan

Kekuatan jadi mulia bersamamu

kelemahan jadi bacul di hadapanmu

Tahniah PAS!

Musuh tidak nampak kecualimu

Musuh tidak marah kecualimu

Musuh tidak takut kecualimu

Keranamu kebatilan menjadi lebur

Keranamu kezaliman menjadi berantakan

Keranamu kejahilan menjadi hilang

Kaulah kelibat di medan

Kaulah syakhsiyah dalam kembara

Kaulah figura keramaian

Kawan dan musuh menakjubimu

Dia dan mereka menyanjungimu

Aku dan kami mencintaimu

Tahniah PAS!

Beginikah Allah memuliakanmu?